Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk
berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha
maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu
maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan
untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah
sunat" H.R.Attabrani
Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya
lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4
rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"
H.R.Attabrani
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba
berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan
kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah
dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat
sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan
dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka
keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga"
H.R.Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu
masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu
tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah
RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka
bagaikan bangun (beribadah) malam dan (pada esok paginya) ia
mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan
bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad
Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu
kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah
keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya"
H.R.Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat
kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan
kepalanya dengan kepala kaldai" H.R.Sahih Muslim
Rasullulah s.a.w bersabda : "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih
afdal (baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim
Rasullulah s.a.w bersabda : "Solat sunat atau fardhu dengan memakai
serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat
dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban"
H.R.Ibn'Asakir
Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu
selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak
berhadas" H.R.Bukhari & Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta
membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu"
kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat,
nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan
mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf
yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada
wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani
No comments: