Dalam kitab Nasoihul Ibad, karangan Imam Ibnu Hajar Al Asqalani menyatakan bahawa Saidina Umar ibnu Khattab r.a berkata ” Sesungguhnya anak dan cucu syaitan ada 9 keturunan”


1-Zalitun

Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Mengoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.



Doa Masuk Pasar :



2-Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah swt.


Doa Berbaik Sangka Dengan Allah



3-A'awan

Menghasut sultan/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebaikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.







4- Haffah

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat.


Doa hati yang gemar membuat maksiat.



5- Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan glamour.


6- Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.


7- Dassim

Dududk di pintu rumah kita. Jika tidak memberikan salam ketika masuk ke dalam runah. Dassim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga agar suami isteri bercerai-berai serta suami bertindak ganas, memukul isteri. Isteri hilang pertimbangan menuntut cerai anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.


Doa Masuk Rumah ;



8- Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.




9- Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyebah api dan matahari.